OH Trending

Hak Saya DlPERK0S4 – Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

APABILA berbicara soal perkahwinan, ia bukanlah sekadar penyatuan antara dua insan.

Sebaliknya, banyak lagi aspek lain yang harus diambil kira termasuklah wang ringgit yang akan dibelanjakan untuk merealisasikannya.

Terbaharu, tular di Facebook dan Twitter mengenai luahan seorang wanita berkaitan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ujar wanita itu, wang hantaran berjumlah RM25,000 dari pihak lelaki akan digunakan untuk melangsungkan majlis di pihak keluarganya.

Namun, dia terkilan apabila bakal suaminya mahu nilai wang itu dikongsi bersama bagi membolehkan satu lagi majlis dijalankan di pihak sana.

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

“Bulan depan saya nikah hantaran RM25,000. Tapi hubby nak wedding dua tempat. Tempat saya dan tempat pihak lelaki.

“Saya cakap, kalau nak wedding dua tempat, hubby kena tambah duitlah sebab RM25,000 tu wedding tempat saya je.

Wanita itu menyarankan bakal suaminya menangguhkan majlis sehingga tahun depan untuk mencari wang tambahan. (Gambar Hiasan)

“Kan awal-awal dah minta RM25,000 jadi itu hak saya.

Kenapa tiba-tiba nak kahwin di tempat dia, dia juga pakai duit tu?” soal wanita berkenaan.

Dalam luahan sama, wanita itu mendedahkan suaminya sebenarnya membuat pinjaman kewangan untuk mendapatkan RM25,000 tersebut.

Malah, dia juga sebolehnya mahu majlis ditangguhkan setahun lagi agar suaminya dapat mencari wang tambahan.

“Hubby saya kata dia layak loan RM25,000 je sebab loan banyak… rumah, kereta lagi.

Sekarang hubby terima gaji RM1,000 je sebulan sebab potong semua loan.

“Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.”

BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

“Jadi saya kata pada dia, kita tangguh nikah setahun lagi untuk dia kumpul RM10,000 untuk wedding di tempat pihak lelaki,” kata wanita itu lagi.

Namun katanya, bakal suami tetap berkeras mahu perkahwinan dilangsungkan tahun ini biarpun mereka berhadapan kesulitan kewangan.

Malah, ibu lelaki juga turut menyarankan agar perkahwinan di dua lokasi dibiaya dengan kos RM25,000 itu sahaja.

“Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.

“Perlukah saya batalkan semua ni? Saya sedih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri,” kata wanita itu lagi.

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

Wanita itu mengakui kecewa apabila wang hantarannya perlu dikongsi untuk melaksanakan majlis di pihak pengantin lelaki.

Paparan skrin luahan berkenaan turut dikongsi seorang pengguna Twitter sehingga menerima lebih 5,400 ulang kicau (Retweet).

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

Malah, ada yang turut mentertawakan wanita itu kerana kesilapan ejaan perkataan wedding (perkahwinan) yang ditulis sebagai welding (kimpalan).

Pada masa sama, ada yang mempertahankannya dan menganggap tidak semua orang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

Selain itu, netizen juga memberikan pendapat agar dia berbincang sebaiknya berhubung majlis perkahwinan tersebut.

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

“Allah baik2 boleh kawen jdk xleh kawen..25k tu knp la sampai byk tu ko mintak…

Aku xpernah terpkr mintak byk tu pun…asalkan kawen n mampu…jgn sampai wt loan sbb nk kawen…

Knp la haii….lps kawen mkan pasir…”

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

“Ni mahal2 apa susah benda boleh perosah kat danok2.. Mahal2 hang simpan poen hang dulu..

Pompuan ramai lagi.. Yg murah dan tk rasa terbeban.. Bodoh punya pompuan..”

“Klau aq jdi bakal laki tu me2 aq tgal trus awek tu…tu Blum kahwin lpas kahwin xtau la prangai Islam Suh CRI bakal isteri yg tidak meminta pada suami…

Dan isteri yg Islam suruh ceraikan Pom salah 1 nya adalah yg suka meminta pada suami…

Klau minta2 skit2 xpe…Blum ape2 dh cekau”

Hak Saya DlPERK0S4 - Sentap Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Nak Tangguh Nikah

“Rasa nya x slh klu dh mmg bkal suami x mmpu..apa slh nya di kongsi sama rata..x perlu berhabis duit semata nk puas kn hak sendiri..

Sanggup ke selepas nikah nk byr hutang keliling pingang..25 ribu tu dh cukup untk buat alakadar sahaje..lgi2 dlm keadaan cowid kn..”