OH Trending

HENT4K Anak Perempvan ke Lantai Hanya Kerana Minta Air Nak Minum

BERANG selepas anak perempuannya berusia tujuh tahun meminta air ketika sedang makan malam, seorang bapa bertindak di luar kawalan.

Ini kerana dia menghempas kanak-kanak itu ke lantai dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir, di Padang Rengas, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata, dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa mengalami luka di dahi sebelah kiri selain bengkak di bahagian kepala selepas terkena bucu meja makan.

Beliau berkata, kejadian disedari isteri suspek berusia 40 tahun yang ketika kejadian sedang menguruskan jadual persekolahan anak-anaknya.

Kemudian dia terdengar suaminya memarahi mangsa sebelum disusuli jeritan dan tangisan.

“Suspek mendakwa mangsa sudah mengetuk kepalanya sewaktu dia sedang menikmati makan malam lalu membuatkannya marah.

Siasatan awal mendapati suspek mengangkat lalu menghempas mangsa ke lantai sebanyak sekali.

“Sejurus kejadian suspek berusia 37 tahun itu melarikan diri namun berjaya diberkas di rumahnya 12 tengah hari semalam.

Suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara dua minggu yang lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ibu mangsa membawa kanak-kanak malang itu ke klinik sejurus kejadian namun dinasihatkan untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan Kanak-kanak.

“Pemeriksaan mendapati susupek yang juga seorang penganggur mempunyai lima rekod membabitkan kes dadah selain dua rekod jenayah,” katanya.

HEMP4S Anak Perempvan ke Lantai Hanya Kerana Minta Air Nak Minum

“Baru kuar penjara.. Penganggur..baran.. Gabungan padu tu.. Masih sayang lagi..

Apa isteri Dia tak pikir masa depan Dan keselamatan diri Dan ank2?..

LA ni hempas ank.. Nnti Pala ko yg dihayun ke dinding.. Teruskn hidup lah tanpa lelaki yg teruk tu..”

“Dye xrase mcm mane susah payah bini dye melahirkan anak…bersengkang mata jaga anak siang mlm…

Dia sesedap rase je hempas anak…mane ler pergi sifat perasaan belas kasihan pada darah daging sendiri”

HEMP4S Anak Perempvan ke Lantai Hanya Kerana Minta Air Nak Minum

“Kalau begini caranya…tak perlulah lagi suami begitu. Kesian kat anak. X boleh ada anak then jgn ada bini.

Hidup bujang menduda ajerlah lepas keluar penjara. Anak tngah makan kau hempas…

Jgn cari anak dah bila tua esok nnti…benda mcm ni berparut smpai bila2 dihati anak.”

HEMP4S Anak Perempvan ke Lantai Hanya Kerana Minta Air Nak Minum

“Dadah ni jangan anggap perkara biasa.. Penagih ni bukan senangĀ² nak pulih..

Jangan mainĀ² ,pengaruh dadah ni terlalu kuat ,semua benda jahat dia boleh buat..

Selalu lah beringat. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih bukan orang lain yang tentu kan..”

HEMP4S Anak Perempvan ke Lantai Hanya Kerana Minta Air Nak Minum

Kerajaan Digesa Pinda Akta Berkaitan Kanak-Kanak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menggesa kerajaan mengkaji serta meminda Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)1966 (Akta 350) yang didapati mempunyai banyak kelemahan dan kelompongan.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata Akta 350 itu antaranya membenarkan kanak-kanak bekerja dalam beberapa keadaan berdasarkan Seksyen 2(2).

“Buruh kanak-kanak adalah satu bentuk penderaan dan eksploitasi terhadap golongan itu,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Menentang Buruh Kanak-kanak Sedunia 2020 hari ini.

Menurutnya, kelemahan akta berkenaan memungkinkan golongan itu dieksploitasi majikan.

Khususnya ketika dalam perkembangan semasa yang menyaksikan ada ibu bapa kehilangan pekerjaan.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan menggubal peruntukan khas mengenai buruh kanak-kanak sekiranya terdapat keperluan untuk golongan itu bekerja, contohnya bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga.

“Jika tidak, kerajaan perlu berterusan memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik bagi menghindari (isu) buruh kanak-kanak ini,” katanya.

Noor Aziah turut menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan supaya segera melaksanakan Pelan Tindakan Nasional Mengenai Buruh Kanak-kanak yang sudah dilancarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kementerian Sumber Manusia pada 1 Oktober 2019, demi melindungi golongan itu daripada menjadi mangsa isu buruh kanak-kanak.

“Suhakam ingin menekankan tentang kepentingan pendidikan dan isu buruh dalam kalangan kanak-kanak.

Ini kerana, apabila kanak-kanak perlu bekerja mereka tidak mempunyai masa untuk bersekolah,” katanya.