OH Trending

Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah, Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

AhIi Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan berhubung hidangan istimewa di bilik Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

P Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu, mendakwa hidangan bermula 13 Julai hingga 27 Ogos.

Jumlah ini telah menelan belanja sehingga RM10,000 yang ditaja oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Prabakaran, peruntukan tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kesan pandemik koronavirus (COVlD-19).

” Dalam jadual tersebut, antara kementerian dan GLC yang menaja jamuan itu ialah Kementerian Kewangan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Amanah Raya (Mara), Tekun, Prasarana, Felda dan MPOB (Malaysia Palm Oil Board).

” Saya ingin tanya, peruntukan yang digunakan oleh kementerian dan GLC ini duit siapa?

” Ini wang rakyat bagi tujuan memajukan negara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Prabakaran turut mempersoalkan keperluan disediakan hidangan tersebut kerana kafetaria telah disediakan di Parlimen untuk ahli Parlimen makan dan minum.

Rakyat ikat perut sehingga ada makan ubi kentang, tapi…

” Saya juga difahamkan ada ahli Parlimen yang membungkus dan membawa pulang ke rumah masing-masing.

” Dalam keadaan rakyat mengikat perut sehingga ada yang makan ubi kentang, ahli Parlimen kerajaan boleh makan udang galah, ketam, ayam kampung dan pelbagai masakan yang enak,” bidasnya.

Prabakaran pada sidang media sama turut mengajak peneroka Felda untuk hadir ke Parlimen pada 25 Ogos ini untuk makan bersama ahli Parlimen kerajaan kerana jamuan tersebut ditaja oleh Felda.

” Mereka menggunakan wang peneroka untuk mengadakan jamuan makan di Parlimen,” katanya.

Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah, Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

Sementara itu Prabakaran turut berkongsi perkara tersebut di Facebook beliau.

Menerusi ruangan komen, segelintir bersetuju dengan Prabakaran, sementara terdapat juga yang mempersoalkan perkara itu ditimbulkan.

Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah, Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

” Seumur hidup saya yang dah 31 tahun nih, belum pernah merasa udang galah masuk rumah haa” tulis Nurfadhilah

” Setuju YB.. gaji dan elaun semua YB pun patut dikurangkan tak kira belah mana..

Nak pakai kereta mewah buat apa sedangkan rakyat pakai kereta murah..

Asal dapat keperluan asas cukup la..naik kancil pun sampai juga” tulis Buzz

” Itu pun nak persoal ke? Itu hak dorang, lagipun tak logik lah semua tu kaya-kaya, takkan tak mampu bayar kot..

Takkan lah dorang nak makan kentang goreng jer adoiii” tulis Izhar

Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah, Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

“Wakil rakyat yg salah guna duit rakyat kalau ada bukti viral jer tak kira lah parti mana pun…ingat duit opah kome ke suka hati jolly.”

“Ada yang kata, alah isu kecil je isu makan sponsor ni, tak yah amik pusing lah. Baik sembang benda-benda besar.

Bang,

Masa kau troll Syed Saddiq makan nasik dalam parlimen, tak jadi isu kecil.

Masa kau kecam wagyu RM2K/kg tak jadi isu kecil.

Masa kau viral gambar Anwar dengan Amin makan nasik kambing sekor dalam talam kau tak kata pun isu kecil.

Ya mungkin dari satu sudut isu ni kira kecil lah berbanding dengan isu-isu lain, tapi kesan psikologinya di kala rakyat tengah risau mengenai nasib pekerjaan.

Isu perut, sampaikan ada yang bunuh diri sebab dibuang kerja, korek tong sampah cari mask untuk diguna semula, sentimennya akan jadi besar.

Cuma den nak tanya kalau betul kau nak bahaskan isu besar kerajaan harini, isu apa?

RCI TH yang ditangguh-tangguh?
Kes Adib yang semakin diperkotak-katikkan?

Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah, Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

Boleh proceed ke isu-isu ni semua kalau yang jadi kepala-kepala kerajaan ada dalam kerajaan yang sama main peranan dalam isu di atas” Luah Khairul Azri di Laman FB dia