OH Trending

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

Untuk pengetahuan semua, Kluster Sivagangga merupakan jangkitan import yang dibawa oleh seorang individu yang merupakan pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai yang lalu.

Dia merupakan pemilik nasi kandar di Napoh, dia telah melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana dia diwajibkan untuk kuarantin di rumah namun telah keluar daripada rumah.

Pemilik kedai makan itu telah pergi ke kedainya sebelum penularan jangkitan di kawasan tersebut berlaku.

Ini antara kluster yang masih aktif lagi di Malaysia. Menurut laporan setakat ini sudah 8 orang positif di bawah kluster ini.

Hasil perkongsian oleh netizan juga, kedai tersebut pernah dilapor mennyediakan makanan secara terbuka kepada Umat Islam pada tahun 2015

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

Tahukah Anda?

SIVAGANGGA itu adalah nama tempat di INDIA.

Yang jadi kluster Sivagangga tu sbb tokey Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh, KUBANG PASU ni balik kampung ke Sivagangga.

Dan bila dia balik sini positif COVID. Depa letak nama Sivagangga tu sbb virus dari sana.

Jgn salah faham nama dia bukan Sivagangga. Nama tokey dia Nizar Mohamed Shaburbatha.

Persoalannya siapakah Salleh?

Tahukah Anda?SIVAGANGGA itu adalah nama tempat di INDIA. Yang jadi kluster Sivagangga tu sbb tokey Restoran Nasi…

Posted by Pakar diari hati on Monday, August 3, 2020

7,000 penduduk kena PKPD TEMCO angkara kluster restoran nasi kandar

Kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos.

TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk terbabit daripada jangkitan COVID-19 dalam penularan pandemik dikenali sebagai Kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menjangkiti 11 mangsa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD TEMCO itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

Ini dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

“Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO.

“Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

“Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan),” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain sekolah dan tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan berkenaan akan turut ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD TEMCO.

Bagaimanapun, bagi solat Jumaat, cuma tiga orang jemaah dibenarkan bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan PKPP di Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berharap apa yang berlaku di Kedah tidak akan berlaku di kawasan lain, terutama jika semua pihak bertanggungjawab dalam pematuhan SOP dikeluarkan KKM.

“Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain,” katanya.

Semalam, lima sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga diarah tutup serta-merta sehingga 29 Ogos ini.

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

Kerajaan negeri dalam kenyataan lewat malam tadi menyebut, sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

“Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang membabitkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” menurut kerajaan negeri itu.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor semalam, selaras dengan pelaksa